INFO SERIUS: SEJARAH TUGU NEGARA DIBOM KOMUNIS (9 GAMBAR)
Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk anak bangsa pada hari ini yang kebanyakkannya tidak tahu menahu tentang sejarah tanah air. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan ketika darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat.
Tahukah anda pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patung rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977. Sebagai pengajaran, janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan golongan terdahulu yang bersusah payah bagi mencapai kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment