Wednesday, 30 March 2016
INFO SERIUS: PROTOTAIP PLAYSTATION 1 YANG ANEH (10 GAMBAR)
Play Station 1 (PS1) ialah konsol permainan 3D yang begitu canggih sekitar tahun 2000. Kewujudan konsol 3D Play Station menyebabkan permainan arked yang pada ketika itu menjadi kegilaan ramai semakin dilupakan. Pada waktu itu rekaan PS1 dikira unik kerana mempunyai alat kawalan yang berbentuk aneh. Mari kita lihat beberapa rekaan awal PS1 yang tak digunakan.
INFO SERIUS : KEPUTUSAN MALAYSIA VS MACAU PERSAHABATAN
Kegagalan mencatat kemenangan ke atas pasukan kerdil Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka pada hari Selasa 29.3.2016 pasti memberi tamparan hebat buat Harimau Malaysia
Kebangkitan diharapkan masih belum kelihatan apabila perlawanan yang sepatutnya menjadi medan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengasah taji hanya berakhir dengan kekecewaan seri 0-0
Kim Swee membuat kejutan dengan melakukan rombakan besar apabila menyisihkan enam pemain yang beraksi ketika tewas 0-2 di tangan Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu
Kebangkitan diharapkan masih belum kelihatan apabila perlawanan yang sepatutnya menjadi medan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengasah taji hanya berakhir dengan kekecewaan seri 0-0
Kim Swee membuat kejutan dengan melakukan rombakan besar apabila menyisihkan enam pemain yang beraksi ketika tewas 0-2 di tangan Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu
Tuesday, 29 March 2016
INFO SERIUS: SEJARAH TUGU NEGARA DIBOM KOMUNIS (9 GAMBAR)
Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk anak bangsa pada hari ini yang kebanyakkannya tidak tahu menahu tentang sejarah tanah air. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan ketika darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat.
Tahukah anda pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patung rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977.
Sebagai pengajaran, janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan golongan terdahulu yang bersusah payah bagi mencapai kemerdekaan.
Tahukah anda pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patung rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977.
Sebagai pengajaran, janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan golongan terdahulu yang bersusah payah bagi mencapai kemerdekaan.
VIDEO MENGENAI TUGU NEGARA MALAYSIA
INFO SERIUS : IKLAN PROTON SAGA 1985
Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008. Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton.
Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.
INFO SERIUS: KONSEP BAS MASA HADAPAN GENERAL MOTORS YANG DIBERIKAN NAMA FUTURLINER (17 GAMBAR)
Pada tahun 1940, 12 buah bas yang diberi nama Futurliner dihasilkan oleh General Motors. Bas dengan rekaan futuristik ini digunakan oleh GM sebagai expo teknologi terkini bergerak ke seluruh Amerika Syarikat. Di dalam bas merangkap bilik pameran ini teknologi baru seperti televisyen. ketuhar gelombang mikro dan jet enjin ditunjukkan kepada umum. Selepas Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua pameran bergerak Futurliner dihentikan. Hanya 9 dari 12 buah Futurliner masih wujud dan sebuah daripadanya dilelong pada hargaUSD 4 Juta (RM 12 Juta) pada tahun 2006. Memang nampak cool. Have to say rekaan bas ini masih nampak menarik sungguhpun sudah berusia lebih 70 tahun. Some designs are just evergreen.
INFO SERIUS : GAMBAR KUALA LUMPUR DI AWAL KEMERDEKAAN NEGARA (20 GAMBAR)
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Berikut adalah gambar - gambar semasa awal kemerdekaan negara Malaysia iaitu sekitar 1960 - 1980
Berikut adalah gambar - gambar semasa awal kemerdekaan negara Malaysia iaitu sekitar 1960 - 1980
INFO SERIUS : MIMALAND TAMAN TEMA PERTAMA DI MALAYSIA ( 1971 - 1994 )
Sebelum adanya bermacam - macam taman tema di Malaysia, terlebih dahulu telah mula terbinanya sebuah taman tema yang pertama dibina di Malaysia dan ianya merupakan sebuah pencapaian negara pada masa itu. Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin akan mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Dokumentari mengenai keindahan Mimaland.
Saksikanlah
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, memberi keseronokan kepada keluarga terutamanya di musim cuti panjang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Sejak dari penutupan itu, maka yang tinggal hanyalah kenangan. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini. dipercayai menjadi sarang pelbagai haiwan buas termasuklah makhluk halus.
Monday, 28 March 2016
INFO SERIUS : POP THE SODA : TARIKAN DALAM PASARAN TRANSADANCE VENTURES
Pop The Soda:
Jadi apa Pop?., The Soda-The 1 artistant Soda
- Jenama Indie Soda tanda dagangan hak cipta 1 di bawah MYIPO
-First Halal yang diiktiraf minuman hipster dan produk kami sesuai untuk kencing manis ringan kerana kami menggunakan Stevia untuk mengurangkan tahap glukosa dan kalori dalam minuman.
Keistimewaan Pop Soda adalah minuman
ini merupakan minuman yang berperisa buah-buahan yang pertama di Malaysia dan telah mendapat sijil halal,
Trend Pop Soda bermula di sekitar bandar Kuala Lumpur di mana remaja-remaja
terkini
telah mengikut trend hipster dan Pop
Soda telah mengetengahkan minuman hipster ini. Setelah beberapa bulan berlalu, kini
negeri seperti Johor Bahru,Ipoh dan Pulau Pinang telah mengikut trend ini
dimana ejen setiap negeri telah mula memulakan perniagaan ini di sekitar
kawasan tumpuan masyarakat.
![]() |
"Pop The Soda" bermula dengan pembukaan gerai-gerai kecilan di tapak karnival ataupun tapak pesta. |
![]() |
Maksud Logo "Pop The Soda" |
![]() |
Perisa: durian belanda, mangga, laici, nenas, durian belanda, mangga, laici, nenas, pisang
|
![]() |
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek dalam majlis pra-pelancaran Malaysia Agriculture Haticulture & Agrotourism Show (MAFA2016) |
![]() |
Pop Soda di laman sosial di Instagram dan Facebook |
Tuesday, 22 March 2016
SERIUS COOL: APPLE MEMPERKENALKAN PRODUK TERBARU 2016 IPHONE SE
Ramai yang ternanti-nanti keluarnya produk terbaru dari Apple ini sama ada berbaloi untuk dibeli atau tidak. Bagi mereka yang menggemarkan kualiti dari segi fungsi kamera sehebat 12 Megapixel, yang dilengkapi dengan resolusi video 4K serta semua fungsi yang lain hampir sama dengan Iphone 6s malangnya saiz skrin menjadi perbezaan. Iphone SE dilengkapi skrin 4 inci manakala 4.7 inci untuk Iphone 6s. Selain itu, reka bentuknya yang tiada beza dengan Iphone 5. Mampukah ia menarik minat pembeli?
Subscribe to:
Posts (Atom)