Wednesday, 30 March 2016

INFO SERIUS: PROTOTAIP PLAYSTATION 1 YANG ANEH (10 GAMBAR)

Play Station 1 (PS1) ialah konsol permainan 3D yang begitu canggih sekitar tahun 2000. Kewujudan konsol 3D Play Station menyebabkan permainan arked yang pada ketika itu menjadi kegilaan ramai semakin dilupakan. Pada waktu itu rekaan PS1 dikira unik kerana mempunyai alat kawalan yang berbentuk aneh. Mari kita lihat beberapa rekaan awal PS1 yang tak digunakan.







INFO SERIUS : KEPUTUSAN MALAYSIA VS MACAU PERSAHABATAN

Kegagalan mencatat kemenangan ke atas pasukan kerdil Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka pada hari Selasa 29.3.2016 pasti memberi tamparan hebat buat Harimau Malaysia

Kebangkitan diharapkan masih belum kelihatan apabila perlawanan yang sepatutnya menjadi medan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengasah taji hanya berakhir dengan kekecewaan seri 0-0

Kim Swee membuat kejutan dengan melakukan rombakan besar apabila menyisihkan enam pemain yang beraksi ketika tewas 0-2 di tangan Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu

Tuesday, 29 March 2016

INFO SERIUS: SEJARAH TUGU NEGARA DIBOM KOMUNIS (9 GAMBAR)

Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk anak bangsa pada hari ini yang kebanyakkannya tidak tahu menahu tentang sejarah tanah air. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan ketika darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat.

Tahukah anda pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patung rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977.

Sebagai pengajaran, janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan golongan terdahulu yang bersusah payah bagi mencapai kemerdekaan.





VIDEO MENGENAI TUGU NEGARA MALAYSIA 


INFO SERIUS : IKLAN PROTON SAGA 1985

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008. Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton.
Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.


INFO SERIUS: KONSEP BAS MASA HADAPAN GENERAL MOTORS YANG DIBERIKAN NAMA FUTURLINER (17 GAMBAR)

Pada tahun 1940, 12 buah bas yang diberi nama Futurliner dihasilkan oleh General Motors. Bas dengan rekaan futuristik ini digunakan oleh GM sebagai expo teknologi terkini bergerak ke seluruh Amerika Syarikat. Di dalam bas merangkap bilik pameran ini teknologi baru seperti televisyen. ketuhar gelombang mikro dan jet enjin ditunjukkan kepada umum. Selepas Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua pameran bergerak Futurliner dihentikan. Hanya 9 dari 12 buah Futurliner masih wujud dan sebuah daripadanya dilelong pada hargaUSD 4 Juta (RM 12 Juta) pada tahun 2006. Memang nampak cool. Have to say rekaan bas ini masih nampak menarik sungguhpun sudah berusia lebih 70 tahun. Some designs are just evergreen.